Friday, 8 February 2013

Kerana Nyamuk Seekor,habis Kelambu Dibakar^^

Assalamu'alaikum w.b.t.... selamat petang sumer..^^

hurm...hari ni temankan parent saya pegi bank, nak tunaikan baucer BR1M tu la kononnya...sampai je sana, orang punya la banyak..tak dapat nak masuk..sejam lebih parent saya tunggu tapi akhirnya, pegawai bank tu suruh balik sebab bank dah nak tutp katanya...

Sebelum tu sempat juga saya pergi ke LHDN tadi sebab nak cek sama ada nama saya tersenarai atau tidak sebagai penerima BR1M tu..Alhamdulillah, dapat juga... Tapi ada la sorang pak cik ni, dia merungut sebab pihak LHDN tu minta dia isi semula borang untuk merayu...apa lagi, memang marah dan kecewa pak cik ni sebab nama dia tak ada dalam senarai.. Dia kata, buat apa dia nak isi lagi,orang yang lebih kaya daripada dia pun dapat bantuan..KERAJAAN memang tak adil- kata pak cik tu...

Tengoklah, disebabkan sedikit kesilapan semasa menentukan sama ada seseorang individu itu layak atau tidak menerima BR1M, kerajaan sedia ada sudah kehilangan satu undi...saya tak salahkan kerajaan sebab ini ialah kesilapan seseorang yang bergelar kakitangan awam... Saya tak kata semua kakitangan awam macam tu...tapi kerana kesilapan orang lain, ia boleh menjejaskan satu institusi dalam satu tempoh tertentu. Ini boleh di ibaratkan seperti orang yang sakit kepala,sakit perut dan sakit kaki-semuanya makan paracetamol...^^...

*****pesanan= jangan tunjuk pada satu punca sahaja kalau timbul sesuatu masalah sebaliknya siasat dulu siapa punya angkara*****

Wednesday, 6 February 2013

Dilema: Sayang Lagi Ke Tidak??

Assalamualaikum w.b.t.....

Semalam saya tak sempat nak post apa2 sebab semalam busy sikit..buat keja yang tak berapa nak siap tu...^^..tu la akibat nya kalau bertangguh buat keja. Korang jangan follow sikap saya ni tau..

So....apa topik kita hari ni?saya tak tau nak citer pasal apa...tapi nak share la probs my cuzzy yang sorang ni..baru2 ni dia dah pun putus tunang...dan dia dah ada kawan baru...tapi, baru2 ni juga la bekas tunang dia ni datang balik kat dia..mula2 hantar mesej kata 'I miss You'...pas tu ajak dia keluar makan...dah berkali la juga dia ajak my cuzzy ni keluar makan..tapi minah ni tak layan sangat..opss,my cuzzy perempuan yer...
Semalam my cuzzy hantar text kat whatapps saya...kata nak mengadu...so dia pun mula la citer yang dia baru balik daripada dinner ngan bekas tunang dia ni....ala...mak...ingatkan dah tak de lagi sisa2 kat hati tu...ada lagi rupanya...tapi tu la kan, kita memang tak boleh nak buang terus memori kita tentang seseorang tu dengan sekelip mata je..lebih2 lagi kalau orang tu kita memang dah sayang giler..

Lama juga la saya texting dengan my cuzzy ni...ye la,orang minta pendapat kan?saya pun bagi la pendapat berasaskan pengalaman sendiri...bagi tau kat dia, kalau boleh tu jangan la terus continue benda yang pernah putus dulu tapi sebaiknya mulakan semula sebagai kawan, kalau dalam hati tu masih mekar macam dulu ataupun bertambah mekar lagi daripada yang lama tu, ok laa,baik nikah je... Dia tanya lagi, cam ne kalau rasa hati tu dah tak bahagia macam dulu...?sebaik-baiknya, kekal je sebagai kawan kalau perasaan tu dah indah macam dulu..

Hari ni saya terfikir sesuatu...saya pun pernah rasa hal sama tak lama dulu...sakit memang sakit, tuhan je yang tau luka dalam hati ni..tapi, sekarang, berkat kesabaran menjalani hidup tanpa seseorang yang kita pernah sayang,akhirnya saya jadi semakin tabah...biarlah dia jadi kenangan masa lalu yang indah^^..teman kita pada masa hadapan pasti seorang yang akan lebih menyayangi kita..percayalah...^_^